Thursday, August 31, 2006

Merdeka 3 Bini

Smlm petang, Sarimah4 selsema gilerr lepas dating dgn aku mlm tuh. Hasnah2 kata dia sibuk nak layan adik pompuan yg baru sampai dari kampong. Aku pulak takde mood na ajak Rohani3 jalan2 di malam Merdeka nih.
Pagi tadi (hari Merdeka) aku pergi ofis buat keje sikit, tapi tetiba si Hasnah2 nak dtg kl nak ajak dating. Aku kata ok walaupun aku dah janji nak dating ngan Rohani3 jam 4ptg nih. Hasnah2 datang tepat jam 12 kat ofis ok. Tetiba pulak Sarimah4 suruh jumpa petang tadi, mana boleh!
Last-last, aku pegi jumpa Sarimah4 kat hostel dia jam 9 mlm dan berlayar lah kami mlm nih.. hmmm

Wednesday, August 30, 2006

Hasnah2 Bergaji Baru

Smlm hari pertama Hasnah2 kerje tempat baru, susah betul nak hubungi dia - takde email, handset pun tutup...
Aku cadang nak jumpa keluarga dia hujung minggu nih, tapi dia lebih suka pegi genting pulak..
Tapi sebab kerje syarikat baru, dengan gaji baru (double dr tempat lama!), nampaknya rezeki aku makin bertambahlah.. he he

Monday, August 28, 2006

Kerenah Tipah1 Pulak



Sememangnye diakui, Tipah1 memang tak pandai masak. Semalam dia masak tengahari, adalah sayur kacang bender, lada hijau tumis kegemaran aku, kepah masak lemak, dan cencalok. Pada mulanya aku cubalah makan mcm biasa, tanpa komen apa2... Lama-lama, aku rasa mcm tawar semacam je, aku mintak Tipah1 ambikkan kicap, dia ambiklah... Tapi mmg tak sedap jugak... Lepas tuh aku mintaklah dia goreng telur... Baru dia ckp yg telur dah HABIS! Langsung takde selera aku nak makan ... Dia boring laa, sampai hempas2 pintu bilik tidur dia... hmm, dia pulak yg mengamuk!

Tuesday, August 22, 2006

Kerenah Cuti Sekolah

Smlm, kakak Rohani dtg rumah, bawak anak2 n anak2 buah.. Rohani call bila dah sampai kat shopping centre tuh suruh ambik pakai motor dulu lepas tuh baru ambik pakai kete dia kat umah..
Disebabkan nak jimat masa dan tak nak lalu bulatan-U kat depan sana, aku tunggu kat stesen minyak Petronas sebelah jalan dan suruh Rohani dtg dulu naik motor aku. Ada ke patut dia bawak sume kakak n anak2 sedara dia panjat jambatan dgn beg yg besar lagi berat tuh!

Dlm kete on the way balik umah, Rohani ckp ayah dia kirim salam. Aku jawabla salam tuh balik mcm biasa, tapi yg aku tak paham ialah boleh dia gelak gelihati dgn jawapan aku kot. Aku sound dia: "kenapa gelak? nak kena penampar?" lepas tuh senyap dia..

Wednesday, August 16, 2006

Sarimah Rajuk Lagi

Smlm entah mcmana masa Sarimah4 call aku dan berborak2 panjang (bergayut).. aku terlepas cakap - kata dia berpendidikan rendah je.. Lama jugak dia merajuk hingga ke petang hingga ke malam... hiss
Malam tuh aku hayat sikit, antar sms: "You r one beautiful anggun cantik smart girl... Im afraid of losing you... again". Lepas tuh Sarimah4 reply: "Don be afraid... Im still here waiting of u."

Wow lega..

Tuesday, August 15, 2006

Simcardku Hilang!

Minggu yang lepas, entah macamana disebabkan kecuaian aku kehilangan simcard yg satu lagi. Mlm Isnin kecoh aku sms sume bini2 aku..

Latifah1 - aku cite pasal simcard tuh, sampai ati dia ckp 'nasib baik tak mampus'! Hiss..
Hasnah2 - aku cite pasal simcard yg ilang tuh, nasib baik handset yg satu lagi dia simpan dlm kete dia
Rohani3 - aku cite pasal simcard yg ilang tuh, warning dia to be more careful
Sarimah4 - aku cite jugak pasal simcard yg ilang tuh, dia gabrah seh sbb banyak sgt mesej jiwang2 dlm handset tuh!

nasib badan beb..

Sunday, August 13, 2006

Sarimah Nombor 4 ke Jamil?

Sejak 2 minggu yang lepas, aku dapat contact balik si Sarimah jururawat dr Penang.
1st dating kat Naili's dia bawak kawan, Linda namanya.
2nd dating kat Cherana dia bawak kawan, Shelly namanya.
3rd dating kami plan nak dating kat Tupai2, tp sbb adik Sarimah kehilangan wallet kat Genting, kami terpaksa pegi Genting laa. Kami borak2 sampai jam 2 pagi dan tak kisah menggigil kesejukan sbb tak bawak sweater!
4th dating kat Cherana lagi, tapi Sarimah dtg sorang sbb aku dtg kat asrama dia. Balik rumah jam 12pagi.
5th dating dia datang opis aku dengan seksinya jam 5 ptg masa kita org nak balik keje - kecoh sume orang! he he

Thursday, August 10, 2006

Tidurla Jamil

Semalam aku balik keje awal.. kul 6.15pm sampai umah.. aku tengok si Rohani sibuk membasuh .. tak berkemban - telanjang bulat!
Mungkin sebab penat baru balik keje, aku lelap kejap atas katil.. Lebih kurang setengah jam, tiba-tiba dia kejut aku - kata nak pegi kedai kat bawah nak beli sayur! Naik angin la aku, rasa nak terajang je muka dia..

Thursday, August 03, 2006

Ubat Nyamuk Sembur-sembur

Tadi malam, aku tido awal mcm biasa.. Rohani jugak mcm biasa tdo lambat, kul 12 kot.. tapi yg aku boring betul ialah bila dia sibuk nak panjat katil sambil sembur ubat nyamuk Shelltox tuh.. mcm nak bunuh aku je.. Aku baru je beli dan pasang ubat nyamuk jenis lingkaran kat tepi katil tuh.. Rohani, semburlah ubat nyamuk masa abg takde .. takde otak punye bini!

Wednesday, August 02, 2006

Take A Break.. Jamil Style

Dah lama aku x update blog nih.. sebab aku dok lepak kat rumah si Hasnah.. he he