Thursday, December 07, 2006

Pancit


Smlm sibuk Rohani3 tanya kenapa aku tak balik rumah, sampai check telefon kat ofis yang memang rosak. Walaupun aku telefon balik guna telefon kat meja kawan aku, dia masih tak percaya. Siap kutuk-kutuk aku lagi.

Pagi tadi, Rohani3 sms aku cakap tayar kereta dia kempis, kena
isi angin kot.. HIss, bengangnye aku, yang semalam maki hamun belum mintak maap lagi dah nak suruh buat macam-macam...

Wednesday, December 06, 2006

Lovebite

Semalam aku pergi dinner dengan Rohani3. Dia order nasi goreng cina, dan aku order ubi kayu rebus dan steak black pepper.

Masa balik kat rumah masa nak parking sebelum keluar kereta, Rohani3 tegur leher aku yang banyak lovebite nih, yang tentu bukan dia yang buat. Aku bengang laa, aku naik angin sebab dia menyibuk sangat tanya yang bukan2... hiss, nak je aku bagi 5 buku jari!

Monday, December 04, 2006

1 Jam Perangai Kebudakan

Petang tadi aku pergi rumah kakak Rohani3 kat Jengka, Semah namanya.

Masa tengah jalan tuh, aku tengok petanda jarak ke Jengka adalah dalam 80 km lagi. Rohani3 cakap lagi sejam sampai la, tapi aku kata kalao bawak kereta 100km/j bolehla sampai sejam lagi. Tapi ikut jalan lama mana boleh bawak laju, setakat 60km/j ikut bontot lori lagi, mungkin 2 jam sampai la. Tapi Rohani3 kata sebab laki adik dia yang kat Senawang ada bagitahu jarak masa dari rumah dia ke Jengka dalam 3 jam je, dan masa tuh aku dah drive lebih 2 jam. Rohani3 masih berkeras cakap 1 jam lagi. Tapi aku kata 2 jam lagi sampai, pandai2 je dia cakap, bukan dia yang drive.

Tapi bila dah sampai kat bandar Jengka, memang betullah 1 jam. Apa lagi diperlinye aku. Aku pun naik angin la, aku maki dia perangai macam budak2, benda yang remeh temeh pun nak digaduhkan jugak!