Wednesday, January 31, 2007

Eksiden: Rohani3 style

Petang tadi tetiba Rohani3 telefon, dia kata dia eksiden. Aku gelak tapi dia naik hangin pulak tanya: "kenapa gelak?". Aku cakap: "sape yang tak gelak kalao eksiden depan rumah?". Rohani3 suruh aku datang kejap nak selesaikan masalah sebab orang yang langgar dia mengamuk suruh bayar gantirugi. Walaupun aku busy sesangat, tapi dengan berat hati aku keluar la ofis jugak.

Bila sampai kat simpang tempat eksiden tuh, aku tengok si Rohani3 takde. Mamat tuh kata dia balik rumah kejap. Aku bengangla lagi, sebab tinggalkan tempat eksiden tuh.



Aku cakap kat mamat tuh lepas tengok simpang tuh, lepas tengok kete Kelisa baru dia WPQ XXXX (taklah teruk mana, calar kat bumper depan dia je).. "kalao ikutkan ada STOP sign kat depan tuh, kao memang SALAH!".. Lama jugak mamat tuh fikir, kemudian dia cakap dengan member dia yang dungu jugak mcm dia tuh, "aha, aku tak perasan STOP sign tuh tadi..".

Olehkerana aku dah tahu perangai Rohani3 yang jenis menyalak, aku suruh mamat tuh berdua balik dulu, biar aku settle dengan Rohani3. Mamat tuh pun blaah laa..

Bila Rohani3 sampai kat kete dia, aku soundla:
1. Lain kali kalau eksiden, jangan panik;
2. Lain kali kalau eksiden, jangan tinggalkan kete;
3. Lain kali kalau eksiden, jangan sibuk nak panggil laki, selesaikan masalah sendiri dulu..

Rohani3 yang tengah panik tak puas hati gak dengan aku tapi dia pelik gak macamana aku boleh halau mamat dua orang tadi yang langgar dia sebab tadi iye2 benar suruh Rohani3 bayar! Hmmm, itukan keje orang lelaki.. jawab aku. Lepas tuh, aku terus pegi keje semula walaupun dah pukul 5petang!

Malam kat rumah, aku dengan Rohani3 bertekak semula pasal eksiden petang tadi. Rohani3 cakap dia tak puas hati aku marah2 dia tadi, dia cakap kalau perempuan lain pun sama jugak! Aku kata mana sama, baru bulan lepas Sarimah4 pun eksiden gak dia langgar motor kat bulatan U, taklah mintak aku datang tolong settlekan problem tengah2 jalan, tengah2 malam! Sama jugak kalau kak Tipah1 eksiden, takkan aku nak pegi balik kampong tolong settlekan problem dia! Hiss, tak bijak jugak bini aku nombor tiga nih yang memang MANJA kan??

Thursday, December 07, 2006

Pancit


Smlm sibuk Rohani3 tanya kenapa aku tak balik rumah, sampai check telefon kat ofis yang memang rosak. Walaupun aku telefon balik guna telefon kat meja kawan aku, dia masih tak percaya. Siap kutuk-kutuk aku lagi.

Pagi tadi, Rohani3 sms aku cakap tayar kereta dia kempis, kena
isi angin kot.. HIss, bengangnye aku, yang semalam maki hamun belum mintak maap lagi dah nak suruh buat macam-macam...

Wednesday, December 06, 2006

Lovebite

Semalam aku pergi dinner dengan Rohani3. Dia order nasi goreng cina, dan aku order ubi kayu rebus dan steak black pepper.

Masa balik kat rumah masa nak parking sebelum keluar kereta, Rohani3 tegur leher aku yang banyak lovebite nih, yang tentu bukan dia yang buat. Aku bengang laa, aku naik angin sebab dia menyibuk sangat tanya yang bukan2... hiss, nak je aku bagi 5 buku jari!

Monday, December 04, 2006

1 Jam Perangai Kebudakan

Petang tadi aku pergi rumah kakak Rohani3 kat Jengka, Semah namanya.

Masa tengah jalan tuh, aku tengok petanda jarak ke Jengka adalah dalam 80 km lagi. Rohani3 cakap lagi sejam sampai la, tapi aku kata kalao bawak kereta 100km/j bolehla sampai sejam lagi. Tapi ikut jalan lama mana boleh bawak laju, setakat 60km/j ikut bontot lori lagi, mungkin 2 jam sampai la. Tapi Rohani3 kata sebab laki adik dia yang kat Senawang ada bagitahu jarak masa dari rumah dia ke Jengka dalam 3 jam je, dan masa tuh aku dah drive lebih 2 jam. Rohani3 masih berkeras cakap 1 jam lagi. Tapi aku kata 2 jam lagi sampai, pandai2 je dia cakap, bukan dia yang drive.

Tapi bila dah sampai kat bandar Jengka, memang betullah 1 jam. Apa lagi diperlinye aku. Aku pun naik angin la, aku maki dia perangai macam budak2, benda yang remeh temeh pun nak digaduhkan jugak!

Wednesday, November 29, 2006

Jengkel Aku

Petang tadi, aku pergi rumah adik Rohani3 kat Senawang. Berikut adalah perkara2 yang aku jengkel betul2 kat dia:

1. Melatah. Terperanjat bila periksa bunyi kat belakang pintu rumah adik dia ada anak beruk.
2. Aurat. Tak kisah bukak tudung kepala, walhal adik perempuan dia pun pakai tudung kat rumah sendiri.
3. Aurat. Tak kisah salam dengan laki adik dia, walhal terang2 tahu yang adik ipar dia tuh bukan muhrim.
4. Bergumpal. Tak kisah main peluk2 dengan anak2 buah dia yang dah besar2 dan panjang2 tuh.

On the way balik rumah, aku membebel je kat Rohani3 . Adalah jugak dia mintak maaf kerana excited sangat sebab dah lama tak jumpa keluarga adik dia.

Saturday, November 11, 2006

Keutamaan Breakfast

Biasanye aku pegi kerje jam 7 pagi, lepas mandi, lepas solat.
Selalunye jugak masa nih la Rohani3 kecoh baru nak buat aku punye breakfast. Biasanye dia buatkan air milo panas dan goreng samosa atau karipap yang dah siap untuk digoreng je...
Aku cakap kat dia yang aku tak suka makan benda2 yang kena awet, kalau susah2, buat air je...

Kalao dah tahu buat breakfast lambat, bangunlah awal sikit... Yang aku tak paham, dia susah2 buat breakfast, tapi dia tak join pun... Kan menyusahkan je tuh!

Sunday, October 29, 2006

Setia Pada Nombor Satu!

Raya tahun nih, seperti tahun2 yang lepas, aku beraya kat rumah Tipah1 je..

Hasnah2 pulak tak reply2 aku punye sms.. busy memanjang jeeeek..
Rohani3 pulak aku takde mood nak layan, asyik bergadoh jeeek..
Sarimah4 pun buat hal lagi, asyik naik hangin jeeeek..